"..kau yang menciptakan CINTA..dan kau jua yang menghimpunkan BAHAGIA...di ribaan mu terhimpun HARAPAN..impian tulus setiap insan..."



Ahad, 21 Ogos 2011

menjengah sebentar....slg mash ada kesempatan

menjengah sebentar....slg mash ada kesempatan

Tanggal 17/08/2011 saya telah meluangkan masa sebentar ke rumah uztazah azizah mt isa di matang jaya. Rasanya dah lama xmenjenguk mereka. Bila dapat ziarah beliau dan anak2 beliau..Masyallah dah besar pun anas dan tolhah....ni lah mereka...
                   
ni la anas......dah besar skung....


                                                       ni plak tolhah...dah pandai berposing gambar...

al-hamdulillah dah semakin membesar dieorang ni...da dapat adik baru dieorg ni...xingat nama panjang...yg tau syafie jer...comel gak baby ni...sorry ye ustazah br nak mai tengok..biase le sibuk2 dengan program ni...mn nak sempatnye nk bertandang pi umah org...pe pun di doakan semoga anak2 ustzah membesar dgn baik..smg jd anak yg soleh2...lepas ni xtau la leh jumpa ke x lagi...i.allah ukhwah yg di bina atas redho allah pasti akan bersua kembali...selamat kembali bertugas ke semenanjung...smg berjumpa lagi...

keletah mereka.....








Isnin, 15 Ogos 2011

Mencintai Lima Lupa Yang Lima


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya.
Maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan berdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak berdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.” Oleh karena keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-gunung dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Baiklah adapun hikmah yang dapat kita petik dari cerita diatas adalah mari bertaqwalah kepada Allah SWT semampu kita, kerana ia mendambakan ketaatan dan ketaqwaan dari hambanya.Bukan rasa ujub dalam beribadah kepadanya, dan ingatlah bahwa Allah SWT tidak rugi jika kita ingkar kepadanya, melainkan kita yang sangat merugi jika semakin hari kita lupa akan tujuan hidup kita di dunia ini.

Semoga kisah singkat ini dapat kita fahami dan kita ambil hikmahnya.











“Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”




♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?

♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah jaminan segalanya akan lancar..

♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.

♥ Kedengaran indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.

♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..

♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..

♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

♥ Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain? Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?

♥ Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.


♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥

♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥

♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥

♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥

♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥

♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥








Siapa yang berani mencintai, maka dia harus bersedia untuk menikahi..

Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!

Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.

~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)