nAmA: aHmAd TaRzIdI bIn aHmAd TaMeZi
UmUr: 23 TaHuN
pEnDiDiKaN: -sEk.rEn.KeB.kG sELaRoNg
(KeDaH)upsr
-SeK.mEn.AgAmA mAdRaSaH
iHsAnIAh JaNgKaNg kULiM
(kEdAh)pmr,smra,spm
-SeK.mEn.KeB.dAtO'mOhD
SAiD
nILaI sEpANG
(sELaNgOr)stpm
-KolEj SrI iMaN
(tEreNggAnU)
sIjIl PeNGjiAn IsLaM
-kuSzA
(TeReNggAnU)
dIpLomA dAkWaH
-UuM
bAcHeLoR pEnGuRuSaN aWm
(kedah)
Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.
Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
• kerosakan gigi (karies gigi) • penyakit gusi (penyakit periodontium) • gigi sensitif • sakit pada sendi rahang • sinus tersumbat • sakit telinga
karies gigi
Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?
Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
• gigi mati • gusi bengkak • gigi dicabut atau kehilangan gigi • kesukaran membuka mulut
Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi? kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
• mengambil ubat penahan sakit • berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi • kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais
Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?
Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:
• mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik o berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
o gunakan flos • dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala • kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.
Adoi......first menyambut puasa di bulan ramadhan ni datang plak satu penyakit...tu....ce tengok kat atas tu...SAKIT GIGI...bila sebut je sakit gigi...hanya ALLAH shj yg tahu betapa sakitnya sakit gigi ni...asal la bulan2 gini nak sakit...herm....pikiaq...punya pikiaq....rupanya sakit tu dtg dr rahmat dan kasih sayang ALLAH kpd hamba yg dicintainya....(dlm hati dok kata2" wah...bestnye jadi insan terpilih...korang ader??sempat lagi hati tu dok berdengki dgn orang")
3 tahun yg lalu dh penah kene penyakit cm ni...mak oi....sakitnye hanya aku sahaja yang tahu...sampai BER MC la aku ni...rupa2nya gigi ni ada kebaikannya...tu la suka mkn ais batu sgt..teringat balk pada kata2 abah lu.." Abah : "Along hang ni suka pepak ais batu! x elok....x elok...nnt gigi hang cepat rosak" aku dengan slumbernye senyum je dengan lalu pergi ke dapur wat bodoh mcm xder perasaan. slalu la juga kene marah...
rupa2nya betoi apa org tua cakap...nah...skung rasakan la penangan sakit gigi...huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh...dh sakit baru nak terhegeh2....xkan nak panggil doremon kot....doremon tolong la....doremon.....hehehehehehehe....teringat kembali cite doremon yg boleh settle kan maslh nobita setiap masa...alngkah bagus kan???TAPI.....kita ada ALLAH....padanya aku mengharapkan kasih-sayangnya...betul kata ustaz dalam radio IKIM FM temph hari. Setiap kesakitan yg ALLAH berikan kpd hambanya adalah sebagai buat penghapus dosa...ya ALLAH.....bayanyak dosa padanya...
p/s : jgn pepak ais batu lagi...jaga kesihatan gigi dan mulut.
Pada suatu hari, burung-burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira.. indahnya pemandangan yang dilatari sawah padi yang menghijau saujana mata memandang.Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. Subhanallah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.
"Termenung apa tu Usop?!" Pak Jabit menegurnya.
"Tiada apa-apalah Pak Jabit, sedang melayan hati yang lara je ni.."
"Laaa tengah sedih ke? Kenapa? 'Ce cite ce cite'," soal Pak Jabit sambil tersengih melihat gelagat Usop.
"Panjang 'cite'nya Pak Jabit.. Saya cuba pendekkan ye.. Saya sebenarnya benar-benar terguris dengan sikap Hussien. Hussien telah memburuk-burukkan diri saya kat orang kampung meskipun saya selalu bersangka dan berbuat baik pada dia. Pernah dulu, orang kampung ada yang memburuk-burukkan nama Hussien tetapi saya sebagai seorang kawan menafikan tohmahan-tohmahan itu.. tetapi sekarang.. hm.. 'sabor jelah'," balas Usop menceritakan hal yang membuatkan hatinya kecewa.Pak Jabit terus mendekati Usop sambil membawa beberapa ikan yang berjaya ditawannya."Usop, tersenyumlah! Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira.
Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tidak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini. Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya Usop mesti tak kecewa. Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8; "Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."
Baikkan Allah?"
Usop mengangguk tanda setuju.."Tidak seperti manusia. Kadang-kadang macam situasi Usop ni. Seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit, tetapi apapun Usop, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan.. Jadi lagi baik Usop sabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan segala-galanya pun ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepada-Nya. Nabi Muhammad S.A.W yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya.
Inikan pula kita yang hanyalah seorang hamba-Nya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap sajalah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah. Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu? Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan sahajalah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan. Insya-Allah apabila Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia?" Sambung Pak Jabit untuk menenangkan hati Usop."Terima kasih Pak Jabit! Alhamdulillah tenang hati saya mendengar nasihat Pak Jabit ni. Tidak macam doktor pencen, macam ustaz Pak Jabit ni." Ujar Usop sambil tersenyum memandang Pak Jabit."Sama-sama.. bukan ustaz.. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit belajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah pada kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. 'Doktor hati' yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit belajar agama. Ini tak... Asyik-asyik 'english education je'... ok?""Baiklah Pak Jabit, insya-Allah akan saya usahakan.""Hmm.... tapi kan usop..," Pak Jabit melontarkan satu persoalan."Tapi apa? 'Ce cite ce cite'..,"soal Usop penuh penasaran"Hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. Terkadang rasanya sikap Hussien itu ada juga dalam diri ini. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana pun dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah. Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita. Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalu-malunya.."
"Hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyaklah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah.." Sambut Usop mengiakan celoteh Pak Jabit."Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. Lepas ni jom siap-siap pergi berjemaah magrib di masjid.." ajak Pak Jabit.
SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN ORG2 YANG BERSABAR...MOHONLAH KEPADANYA SEGALA PERTOLONGAN...I.ALLAH PASTI ADA JALAN KELUAR BG SEGALA KESULITAN ITU...
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Pada waktu ini kita sedang memasuki bulan Ramadhan, iaitu satu bulan yang mulia di sisi Islam. Sesungguhnya, masa hampir singkat dan sedar ataupun tidak kita menjangkau ke fasa penutup atau fasa 10 malam terakhir. Pastinya ada di antara kita yang berazam untuk meningkatkan amal ibadah di bulan ini. Alhamdulillah. Mungkin kami boleh mencadangkan satu amalan yang boleh kita amalkan selalu sebagai cara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Amalan ini dinamakan doa.
Surah Al-Baqarah yang bermula dari ayat 183 – 187 telah menjadi dalil kewajiban puasa kepada umat Islam. Namun demikian, Allah swt menyelitkan perkara berkaitan amalan doa pada ayat186. Firman Allah swt:
“Apabila hamba-hambaKu bertanya engkau tentang Zat-Ku, maka (katakanlah) Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan orang yang memohon ketika memohon kepadaKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenan memohon kepadaKu.”
(Surah All-Baqarah: 186)
Ayat yang terselit di celah-celah ayat berkaitan Ramadan ini, seolah-olah menjadi petanda supaya kita memperbanyakkan doa di bulan yang tersangat mulia ini. Satu bulan yang mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Banyakkan doa dan istighfar kepada Allah. Beristighfarlah dengan Sayyidul Istighfar iaitu Penghulu Istighfar, kerana ia adalah sebaik-baik istighfar. InsyaAllah.
Sudah menjadi lumrah manusia barangkali. Kebanyakkannya akan cuma menghargai pada perkara yang sudah tiada. Seseorang buta akan rindu saat-saat dia masih boleh melihat atau menginginkan untuk melihat. Hilang handphone pun kita akan rasa ralat diatas kecuaian kita, apatah lagi orang yang kehilangan saudara mara terdekat. Sedih sebenarnya...
Namun pernahkah kita bersyukur terhadap apa nikmat berpuasa yang Allah swt kurniakan kepada kita. Nikmat ini lain pula kesnya daripada perkara-perkara di atas. Jika kita bukan ditakdirkan lahir sebagai Islam, belum tentu kita akan rasa terpanggil untuk berminat dengan ad-din yang paling hebat ini, apatah lagi seorang yang dilahirkan Islam dan kemudiannya menjadi kufur sudah tentu dia tidak akan merindui atau rasa kehilangan terhadap agamanya yang asal. Tambahan pula untuk bersedih kerana kehilangannya atau tangisan spiritual.
Sebenarnya kita telah melepasi fasa kerahmatan (pada 10malam pertama Ramadhan) & fasa keampuanan (pada 10malam kedua Ramadhan). Kemungkinan ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk diri kita mengabdikan diri di bulan mulia ini. Semoga kita akan terus beristiqamah pada bulan-bulan yang lain bukan semata-mata di bulan ini sahaja.
”Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehigga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan kami uji perihal kamu”. (Muhammad 47:31).
Sepatutnya kita tidak harus terhenti setakat rasa bersyukur dan seronok, malah sepatutnya kita rasa bertanggungjawab dan bertanya diri sendiri. Apakah yang patut kita lakukan untuk betul-betul layak dikurniakan nikmat Islam dan Iman ini.. Takkan dapat free saje kot kak/bang?
Salam ramadhan untuk semua. Usah sia-siakan 10 malam terakhir. Sesungguhnya apa yang ditaipkan disini tak lebih dari sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua yang dihormati.
Benarlah kata pujangga....KASIH IBU sampai ke syurga...ke mana pergi, walaupun lautan yang memisahkan CINTA UMI xpernah akan padam di dalam hati anak2 mu....betapa HEBATNYA kuasa CINTA mereka yg bergelar IBU...takkala aku sedang menitipkan sesuatu di laman ini..hati cukup tersentuh (menitis air mata)arhhhhhhhhhhhhh...hebatkan...itulah IBU....ku memikirkan masihkah ada hari esok utk kami....ya ALLAH...berikan akuu kesempatan yg banyk utk membalas jasanya...suatu ketika dahulu kami terlalu jauh...umpama sebuah pulau yg kosong...aku dibesarkan oleh nenek..tp aku bersyukur..sebb kerana tok yg membela dgn penuh didikan ilmu...alhamdulillah dengan berkat usaha mereka menjaga kami...aku dh melangkah satu tapak kehadapan membina impian aku...tp mungkin masa kecik2 dulu aku xfhm...skung...aku dh faham...to my mume....jgn pernah rasa bersalah...mungkin sebb tuhan menyayangi kita tu sebb die aturkan mcm tu....cuma along nak bg tahu...yg CINTA+KASIH+RINDU+SAYANG pada umi xpernah sekalipun hilang dan pudar...along sentiasa doakan semoga keluarga kita dalam rahmat dan magfirah NYA yg berpanjangan..ingtlah drNya kita datang....kepanya kita kembali...mengharaplah rahmatnya biarpun sampai ke mati krn jalan itu yg terbaik buat kita sebgai hambaNYA...bila tengok gambar si NUR AINUL MARDHIAH ni.................herm....paklong rindu ainul...paklong doakan ainul membesar jd budak yg solehah mcm mn cantiknya isteri RASULULLAH yg sgt beliau cintai iaitu SITI KHADIJAH...hermmmmmmmmmmmm...dh xtahu nak tulis apa...sebab idea xmai la...k lah...nnti2 dh mai...aku update lagi...
Al-hamdulillah bersyukur kehadrat ilahi krn dgn izin masa,ruang,tenaga dan waktu ini...saya telah diberi kesempatan utk sekali lagi bertemu dan bertandang utk menulis sesuatu di laman blog saya yang sudah sekian lama saya tidk update dan menjenggah.Bukan apa...sebenarnya masa itu ada..tetapi dek kerana tidak pandai untuk mengUPDATE ruangan disebabkan masih terkial2...nak cari pamplet yang sesuai dgn minat sy..alih itu dan ini...akhirnya ini lah hasil yg dapat saya pelajari sendiri ketika masa bekerja tidak disibukkan dengan kerja2 pejabat....cari punya cari....jeng...jeng....jumpa juga pamplet yang saya mnat....so updatelah apa yang patut..byk bende yang saya nak ceritakan dalam blog ni...ye lah xtahu kat sape nak luah...so dgn adanya BLOG SAYA yg cantik ni...sekurang2nya hilang sedikit beban kesunyian tersebut...TQ ALLAH...dengan erti kata lain...hanya itu yang termampu dilafazkan dr mulut hambamu....
Kekasih Yang Maha Kuasa Buatkan cintaku pada agama Islam yang gah agung Buatkan cinta aku pada iman Nur yang sentiasa terang Seakan-akan goyah Umpama meniti jambatan rapuh Yang kalau-kalau ditiup angin kencang Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia Mencalar kotor pada pahalaku Bertambah erat pula Pegangan si dosa-dosa Cintaku pada si dia Buatkan jiwaku resah Bernanah dengan maksiat Zina mata, zina hati Buat aku terus-terusan gelisah Melihat pasangan lain Melayari bahtera durjana Yang kononnya indah Walhal aku tahu Halal haramnya… Meskipun aku tahu Baik buruknya… Sungguhpun aku tahu Azab dan siksanya…
Bukankah cintaku aku pada si dia Harus bawaku dekat Ke kota pujaanku…syurga Bukankah cinta aku pada si dia Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi…
Mana mungkin cinta ini Cinta aku pada si dia Adalah cinta bisikan Allah Mana mugkin cinta ini Cinta aku pada si dia Adalah cinta yang bisa buatkan aku Bahagia dunia akhiratnya Mana mungkin cinta ini Cinta aku pada si dia Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini Sebak dada, kusut jiwa Menitis air mata seorang hamba derhaka Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan Cinta aku pada si dia Tiada apa-apa erti buat tuhan Hanya lumpur noda mengundang murka…
Rupa-rupanya Cinta aku pada si dia Tidak layak menggapai rahmat Tidak layak menjemput berkat Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah Maafkan aku untuk ada rasa Cinta aku pada si dia Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah Jodohku ditanganmu Kalau benar Cinta aku pada si dia Hanya menambah timbunan dosa Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku… Harapanku… Pintaku dengan harap… Harap dengan sangat… Penuh rendah diri sebagai hambamu Kurniakan aku masjid yang sempurna Dengan jodoh yang baik-baik Penuhi pertemuan dan perpisahannya Dengan iman, nur dan rahmatmu… Biar jodohku itu… Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah SAW: “Apakah pendapat tuan sekiranya saya melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga.”
(Muslim)